Gelanggang 3 Lawan 3

Ayuh sahut cabaran dan sertai Street Soccer 3 lawan 3 #Kitajuara di Karnival Jom Heboh, Johor Bahru pada 26 & 27 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Maklumat Umum serta Terma dan Syarat Street Soccer 3 lawan 3 seperti di bawah. Segala keputusan dari pihak penganjur adalah muktamad.

Sila isikan ruang di atas
Sila isikan ruang di atas

Pemain #1

Sila isikan ruang di atas
Sila isikan ruang di atas

Pemain #2

Sila isikan ruang di atas
Sila isikan ruang di atas

Pemain #3

Sila isikan ruang di atas
Sila isikan ruang di atas

Pemain #4



1) Maklumat umum - Street Soccer 3 lawan 3 #kitajuara

  • Setiap pasukan perlu mendaftarkan pasukan mereka secara atas talian sebelum 25 Oktober 2018. Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Pendaftaran adalah terhad kepada 32 pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 3 (TIGA) orang pemain utama dan 1 (SATU) orang pemain simpanan.
  • Hanya pasukan yang mendapat panggilan telefon dari pihak penganjur sahaja yang perlu datang ke Booth Gelanggang Kita Juara untuk membuat pengesahan pasukan.
  • Pengesahan pasukan adalah WAJIB dilakukan pada 26 Oktober 2018 (Jumaat) di Booth Gelanggang Kita Juara. Sila hantar seorang wakil untuk pengesahan pasukan. GAGAL berbuat demikian, pasukan anda TIDAK AKAN dimasukkan dalam pertandingan ini.
  • Pasukan yang telah membuat pengesahan pada 26 Oktober (Jumaat), perlu mengesahkan pasukan mereka SEKALI LAGI pada 27 Oktober (Sabtu), jam 8:00 pagi sebelum pertandingan dimulakan pada jam 9:00 pagi. GAGAL berbuat demikian, penganjur akan membatalkan penyertaan pasukan anda.
  • Hadiah lumayan menanti setiap pemenang Street Soccer di Karnival Jom Heboh

2) Terma Dan Syarat Street Soccer 3 lawan 3

  • Setiap pemain TIDAK dibenarkan bermain untuk 2 pasukan
  • Hanya 3 (TIGA) pemain akan bermain bagi setiap perlawanan
  • Pemain simpanan boleh ditukar tanpa had
  • Semua pemain perlu memegang tiang gol di dalam petak sebelum SEPAK MULA
  • Pemain tidak dibenarkan brada di dalam kotak gol ketika bertahan
  • Setiap perlawanan dibahagikan kepada DUA pusingan, LIMA minit setiap pusingan
  • TUJUH minit bagi pusingan kalah mati dan SEPULUH minit bagi perlawanan akhir
  • Keputusan pengadil adalah muktamad, bantahan tertakluk kepada penganjur
  • Pemain yang melanggar peraturanakan dikenakan kad KUNING dan MERAH
  • Kad kuning akan direhatkan selama SATU minit dan kad MERAH selama DUA minit
  • Keputusan SERI sehingga habis masa akan ditentukan dengan sepakan penalti #KITAJUARA
  • Ketika perlawanan, bola tidak boleh melebihi penghadang gelanggang
  • Pasukan yang gagal hadir 5 minit setelah dipanggil bakal memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan
  • Semua pertukaran jadual dan peraturan tertakluk kepada urusetia
  • Tempoh bayaran kepada pemenang tertakluk kepada masa yang ditetapkan oleh Media Prima Berhad
  • Pihak Media Prima Berhad tidak bertanggungjawab di atas segala kecederaan dan kehilangan